Saturday 1 March 2014

NOVEL KEENAM : MERAH VIOLET BIBIRMU

Assalamualaikum pembaca yang dikasihi :)

Nantikan keluaran novel terbaru dari pihak produksi Karangkraf penghujung bulan Mac ini !





Pastinya produk keluaran Karangkraf yang penuh dengan intipati dan pengajaran yang tidak ternilai !




Dapatkan novel keluaran terbaru saya di mana-mana kedai buku berhampiran :)





TAJUK: MERAH VIOLET BIBIRMU
PENULIS : INTAN ARNIDA
HARGA: RM23.00

DAYANG Mas Lafina melarikan diri pada hari pernikahannya kerana tak mahu bersuamikan Tuan Aman, seorang lelaki tua yang kaya raya tapi telah mempunyai tiga orang isteri. Mas Lafina mendapatkan kekasihnya untuk mendapatkan perlindungan tetapi tanpa sangka-sangka dia telah diperhambakan, didera, diseksa dan dihina ketika berada di rumah lelaki itu. Maka bermulalah lembaran duka dalam hidupnya...

Ezroy Adid - Lelaki yang berprasangka buruk tentang Mas Lafina, gadis yang pernah dicintainya. Dia menuduh Mas Lafina perempuan kaki cukur yang memperdayakan lelaki-lelaki tua bagi mengkikis harta. Kerana merasa tertipu, Mas Lafina dicerca dan diperlakukan sebagai orang gaji ketika berlindung di rumahnya.

Puteri Selina – Mengaku sebagai tunangan Ezroy. Kerana cemburu dia sanggup menfitnah, mendera dan menyeksa Lafina. Pelbagai rancangan jahat diatur unuk memusnahkan hidup gadis yang dibencinya itu.

Tommy – sahabat baik Ezroy yang bersekongkol dengan Puteri Selina unuk menganiaya Lafina sehingga sanggup untuk memperkosanya. 

Datin Asmah – ibu Ezroy yang tak merestui Lafina sebagai menantu. Dia mahu menyeksa gadis itu cukup-cukup sehingga Lafina tak larat bergelar sebagai menantunya lagi.
Penderaan, seksaan, tohmahan, penghinaan, prasangka dan seribu macam penderitaan melanda hidup Mas Lafina hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Lafina koma setelah menjalani pembedahan. 

Di akhir cerita, terbukalah misteri siapa sebenarnya Dayang Mas Lafina hingga menimbulkan penyesalan bagi orang-orang yang pernah mendajali hidupnya selama ini.

*Tunggu kemunculannya April ini - Insya ALLAH..  *

Saturday 19 January 2013

NOVEL KELIMA :)

Assalamualaikum pembaca yang dihormati sekalian.Novel terbaru yang bakal dikeluarkan pada bulan Februari ini.Mempersembahkan


TAJUK: CANTIK SEHIJAU EPAL
PENULIS : INTAN ARNIDA
HARGA: RM25.00


 Daripada novelis Biru Ungu Cintaku, INTAN ARNIDA - Alaf 21 mempersembahkan karya terbaharu beliau, CANTIK SEHIJAU EPAL! Bakal terbit FEBRUARI 2013, nantikan! =)

‘Ujian Saringan Pilih Menantu’ dijalankan untuk mencari bakal isteri buat Firouz Iman Syah, pewaris tunggal harta pusaka Datuk Zakir. Empat orang gadis sudah bersetuju untuk menjalani ujian itu yang diadili oleh Puan Meisa.

Lidya Ariana – gadis miskin, bercita-cita mahu merealisasikan impiannya untuk mengahwini Firouz. Kerana itu, dia menyamar sebagai seorang gadis kaya agar setaraf dengan lelaki pujaannya itu.

Dewi Jelita –
gadis ‘gedik’ juga sepupu Firouz yang pernah ditangkap berkhalwat cuba memikat lelaki itu agar diperisterikan untuk menutup malu. Dia bertindak agresif untuk menyingkirkan pesaing-pesaingnya dengan cara kotor hingga sanggup membunuh!

Rania Arina – hanya mengenali Firouz ‘gitu-gitu’sahaja. Namun, lelaki itu ada hati terhadapnya. Firouz menjeratnya untuk memasuki ujian saringan itu yang sememangnya tidak pernah diketahuinya.

Bidadari – punya sejarah duka dalam keluarga Puan Meisa. Sengaja memboloskan diri dalam ujian saringan itu untuk membongkar suatu rahsia peribadi ayah kepada Dewi Jelita.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku membuatkan Firouz pening kepala untuk mencari calon isteri yang sesuai. Namun, ada kejutan tidak disangka telah membungakan hatinya. Itulah sebenarnya yang dicari-cari selama ini.


NANTIKAN KELUARANNYA DI BULAN FEBRUARI INI !!!

 

NOVEL KEEMPAT :)

Assalamualaikum semua :D Saya mempersembahkan novel kelima saya.



TAJUK : BIRU UNGU CINTAKU
PENULIS : INTAN ARNIDA
HARGA : SEM. MALAYSIA    : RM 21.00
                  SABAH/SARAWAK : RM 24.00

SITI JULIA SOPHIA benar-benar tertekan apabila ditinggalkan oleh suami yang amat dikasihi.Tiba-tiba saja Faeris Syakim menghilangkan diri tanpa sebarang pesan dan khabar berita.Jiwa Julia bertambah sengsara apabila dia dibelenggu ketakutan.Berulang kali dia diugut dan terus diburu oleh lelaki misteri sehingga nyawanya hampir terancam.

Kepada kakaknya,Siti Jesnita Shania dia mengadu untuk merungkai segala kekalutan yang dialami.Tapi tanpa diduga,kakaknya itu punya rancangan yang strategik.Tanpa berbincang,dia mengheret Dr. Qairul Arif ke dalam permainan barunya.Dia mahu lihat siapa yang bijak dan siapa yang dungu !

Maruah Syakim semakin tercabar.Dia yang selama ini memendam rasa cemburu dan syak wasangka terhadap Julia terus bertekad untuk menyingkap segala kecurangan Julia dengan menyamar sebagai ''Prince William'' di dalam Facebook,bertujuan untuk menggoda isterinya sendiri.Namun,tindakannya telah menjerat dirinya.Julia yang tidak tahu apa-apa pula menjadi mangsa keadaan.Haruskah dia berjumpa dan berterus-terang dengan isterinya?


PERSOALAN YANG BAKAL DIRUNGKAI DALAM NOVEL INI.

DAPATKAN SEGERA DI PASARAN !!!

P/S:DO SUPPORT ME.THANK YOU :)


ANTOLOGI CERPEN ISLAMIK

Assalamualaikum semua.Maaf kerana lambat update karya yang ke-empat saya.


TAJUK         : ANTOLOGI ORANG BERDOSA
PENULIS     : DR HM TUAH ISKANDAR , INTAN ARNIDA ,ISKANDAR DZUL KARNAIN  H.M , NURLIZA MOHD NASIR  dan UMI AZRINI

HARGA       : RM 14.00

Novel ini adalah gabungan idea antara 5 penulis.Lima buah cerpen yang dipersembahkan dengan penuh rasa keinsafan atas peluang kedua yang diberikan TUHAN.Tiada kata-kata yang mampu terungkap,hanya jiwa yang mampu merasakan betapa peritnya penyesalan.Bacalah dengan nama TUHAN-mu yang menciptakan.

DENDAM ANAK-ANAKKU.''Kalau kau berdua nak ayah merayu,sekarang juga ayah merayu.Ayah minta maaf dan merayu sungguh-sungguh.Jangan kerana dendamkan ayah,kau jauhkan diri daripada TUHAN.Kesiankan mak,kesiankanlah ayah,nyawa ayah dan mak dah tak lama.''

DIALAH AHLI SYURGA. ''Kurang ajar ! Cakap,mana duit aku? Kau dah jadi bisu ke,hah?Dahlah tiga suku,tak habis-habis nak nyusahkan aku.Hei..geramnye aku ! Kenapalah emak beranakkan kau?Kenapa emak tak picit aje kau daripada kecil?Biar kau mati tak menyusahkan sesiapa ! ''

AKU BUKAN LAGI CALL GIRL. ''Mila tidak berminat mengejar cinta dunia lagi ! Hanya cinta TUHAN yang dicari.Setelah hatinya penuh dihuni oleh lelaki,cukuplah dia merasai nikmat cinta terhadap lelaki.Nikmat yang penuh dosa.Dosa yang boleh mengheret mukanya ke lubuk neraka.

LANDASAN KE SYURGA. ''Ya,aku tewas saat ini ! Tapi,aku tetap bangkit dan akan kembali setelah segala kelemahan Islam kubongkar.Sekali gus akan kulenyapkan terus pengaruh Islam di muka bumi ini.Itu azamku !

KEKASIH ITU ALLAH. Ya ALLAH,ampunkan dosaku.Andai mampu kuputar semula waktu,takkan kulakukan perbuatan terkutuk itu.Kubelai nafsu dengan murka-MU ya ALLAH.Adakah lagi pengampunan-MU buatku ya TUHAN?



DAPATKAN SEGERA DI PASARAN !!!

P/S : DO SUPPORT US,THANK YOU :)

Friday 16 March 2012



PUNCAK KASIH KITA
SUDAH BERADA DI PASARAN!

Tajuk: PUNCAK KASIH KITA
Penulis: Intan Arnida
Halaman: 512
Harga: RM19.90

HATI perempuan mana yang tidak mahu diulit kebahagiaan? Hidup dalam ketenangan, disayangi insan bergelar ayah dan mendapat pedoman daripada insan bergelar kekasih. Namun itu semua tidak dirasai oleh LINETTE alias Lina Az-Zahra. Gadis malang yang kematian ayah itu hidup dalam penderitaan di Vila Sir Dernard. Menjadi mangsa herdikan sepupu sendiri dan yang lebih sakit bila dia menjadi mangsa rakus nafsu seorang lelaki durjana.
Benci! Sememangnya dia benci hidup begini lantaran dirinya sudah tidak suci lagi, sedangkan pada masa yang sama dia menjadi pujaan Syed Firqan Alam. Hati terdetik… sudikah jejaka itu menerimanya bila mendapat tahu keadaan sebenar dirinya? Akhirnya, dia nekad untuk mendiamkan diri. Biarlah Syed Firqan Alam mencarinya sehingga lelaki itu berputus asa dan melupainya.
Namun tidak bagi Syed Firqan Alam. Dia mencari dan terus mencari gadis yang dicintai itu sehingga sanggup merentas Laut China Selatan. Janji untuk mengahwini Lina Az-Zahra harus ditunaikan biarpun dia mendapat tentangan daripada keluarga. Tapi, di mana Lina? Adakah Lina sudah lupa janji mereka? Ah, Syed Firqan Alam tidak tega berpisah dengan gadis itu!
DAPATKAN SEGERA DI PASARAN!!!
Dari Tinta Penulis..
PUNCAK KASIH KITA saya garapkan dalam situasi santai. Berbeza dengan dua novel sebelumnya yang saya anggap berat kerana perlu lebih penghayatan, fokus dan pemikiran. Kini saya bawakan PUNCAK KASIH KITA dalam situasi berbeza - lebih relaks dan bersifat lunak.
Menerusi novel ini, turut saya bawakan watak Syarifah Erinda. Seorang wanita Muslimah ideal yang amat setia pada erti cinta. Namun, takdir mula menguji cintanya. Tunang dan suami ditakdirkan bukan dari insan yang sama. Lebih menguji ketabahan hati kerana kedua-duanya adalah sepupunya sendiri.
Berbekalkan keimanan, arus cintanya tetap selari dan sejajar atas landasan agama yang mulia. Reda dan akur dengan segala rencam kerenah Syed Firqan Alam(tunangan) dan Syed Baqhary(suami), Syarifah Erinda yakin TUHAN tidak pernah sesekali akan meninggalkannya. Berkat kekuatan jiwa, ketabahan, kesabaran dan nilai kasih sayang, wanita cekal ini terus merintih berdoa dalam mengharungi detik kehidupan yang kian mencabar.
Dia amat yakin, kesucian dan keagungan ALLAH Yang Maha Esa sentiasa mendengar rayuan dan keikhlasan nurani hamba-NYA. Rasa kecewa dan dendam yang tersisa di dada seorang lelaki bergelar suami tidak jemu-jemu cuba dibelai, dilunakkan.
Saya hamparkan resah gelisah jiwa Syarifah Erinda dalam berjuang menangani kehijauan rumah tangga. Saya perlawa anda semua untuk sama-sama menyelaminya. Untuk peminat novel yang disanjungi dan dikasihi.... Selamat Membaca.'
Salam Seharum Kasturi,
Intan Arnida

Rasulullah Utusan Terakhir...

Assalamualaikum...

Wah, cepatnyer mase berlalu yerr... Sedar-sedar kita hampir kepada sambutan Maulidur Rasul yang bakal disambut pada 26 Februari 2010... Rasenyer xslhkn klu kak Intan nk berkongsi serba sedikit tentang Nabi kita dalam blog ini. Sambil kita menulis sambil kita berdakwah... Sebagai umat yang terpilih, kt seharusnya bersyukur kerana dengan perjuangan Nabi Muhammad lah yang telah meletakkan kita dalam masyarakat Islam yang sentiasa harmoni. Kepayahan dan kesusahan nabi menjadi rencah utama empayar Islam suatu ketika dahulu...

Jika kita sama-sama menghayati sirah Rasulullah S.A.W dengan sebenar-benarnya, sy percaya akan ramailah umat-umat Islam pada hari ini yang akan menitiskan air mata kerana rasa kagum, rasa cinta yang mendalam terhadap Baginda Rasulullah. Bayangkan, betapa saat-saat kematian baginda, baginda masih lagi cuba sedaya-upaya untuk meyebut, : "Ummati.... Ummati... Ummati..." yang bermaksud "ummatku, ummatku, ummatku". Hal ini menunjukkan betapa dalamnya sayang baginda kepada ummat baginda.

Setelah Rasulullah menghembuskan nafasnya yang terakhir, semua sahabat Redha dengan pemergian Baginda. Namun, tidak bagi Ummar Al-Khattab yang langsung tidak mempercayai kematian Baginda sebaliknya Saidina Ummar Al-Khattab mengatakan dengan tegasnya, bahawa Saidina Ummar akan memancung sesiapa yang berani mengatakan bahawa Rasulullah sudah wafat. Namun, Saidina Ummar dapat ditenangkan dengan kehadiran Saidina Abu Bakar R.A yang meyakinkan bahawa Rasulullah memang sudah wafat. Serta-merta Saidina Ummar yang berpewatakan garang itu menitiskan air mata mendengar perkhabaran yang baru diterimanya....

Demikianlah serba sedikit kisah Rasulullah S.A.W.... Saya selalu bertanya kepada diri sendiri... Sejauh manakah cinta saya kepada Rasulullah S.A.W?? Adakah cinta saya melebihi cinta kepada Rasulullah S.A.W? Manusia kadang-kadang alpa dengan semua itu. Bagi mereka cinta yang suci hanyalah untuk seseorang yang mereka sangat cinta. Namun, orang yang mereka cintai itu bukanlah Rasulullah S.A.W, sebaliknya, teman yang berlainan jantina.... Sama-samalah kita renungkan... Saya mengingatkan rakan-rakan, masyarakat di samping saya mengingatkan diri saya sendiri... Insya'Allah.... Akhir kata... Salam maulidur Rasul daripada saya untuk semua umat Islam di dunia... Berbanggalah kita dengan menjadi umat Nabi Muhammad yang sentiasa mengamalkan sunnahnya dan mematuhi segala perintah ALLAH... Amiiin...

Selamat Tahun Baru dan Selamat Tahun Baru Cina..

Assalamualaikum...
Wah, nmpknyer dah lme kak Intan xedit blog ni... Maklumlah, sudah di tempat baru ini, susahnyer nak dapat line Internet... Tp, mujurlh ade anak sedara yang sedia membantu dalam mengedit-edit dan memperbaharui dengan lebey baek lagi blog ni.... Erm, rasenyer xt'lmbt lg, kak Intan nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Malaysia dan seluruh dunia.a... 2pon, klu ade yg sudi nak lawat blog kak Intan yang xseberape ni... Huhu... Pada peminat-peminat novel kak Intan, sudi2knlah bg pendapat, pandgn mahupun komen tentang cerita-cerita yang kak Intan wat 2... Pndgn, pendpt dan komen2 anda sgt penting untuk kak Intan memajukan lagi cerita-cerita yang akan datang, Insya'Allah.... Tggu editan blog ni pada mggu hdpn, untuk sama-sama kita menghayati kisah Nabi Muhammad S.A.W sempena kelahiran beliau yang akan kita smbut pada 26 Februari 2010, Insya'Allah.... Salam syg drpd kak Intan untuk semua....

25 April Di Pesta Buku...


Assalamualaikum....
Berpeluang bersama-sama penulis-penulis Alaf 21 seperti Anis Ayuni, Damya Hanna, Fatin Nabila, Ramlee Awang Mursyid dan ramai lagi untuk menemui peminat-peminat novel semua.

Salam Manis...


Assalamualaikum, salam seharum kasturi untuk semua...
Gambar ini diambil 3 hari sebelum sy ke pesta buku...

Novel terbaru Saya...


Ini novel terbaru saya....
‘SYAIR CINTA’ mengutarakan persoalan cinta yang dihadapi oleh beberapa individu dalam situasi berbeza. Kesan sejarah silam, cinta Ungku Putra Isfan dan Dayang Sabrina terlerai. Cinta Ungku Putra Ismadi turut kecundang, tidak kesampaian. Semuanya kerana Ungku Saerah, yang menjadi prejudis terhadap setiap wanita yang cuba dibawa masuk ke dalam keluarga mereka.
Anehnya dalam suatu masa yang sama, Ungku Putri Qamelia mulai diburu oleh cinta seorang pemuda bernama Mikhail Mursyid. Manakala gadis yang bernama Salyna mula mencuri tempat di hati Ungku Ismadi.
Bayangan Dayang Sabrina juga muncul mengganggu mimpi Ungku Isfan. Semuanya itu kelihatan seperti terancang. Namun, tiada siapa terduga bahawa ada misteri dan rahsia di sebalik setiap kejutan dan segala ketentuan...
Paparan mesej di dalam novel ini mengutarakan kesucian cinta yang cuba melepasi segala rintangan. Cinta yang tulus memang sedia wujud, segar mekar, tidak pernah layu di jiwa setiap insan. Dalam himpitan pahitnya kenangan dan kejamnya keadaan, masing-ma sing berjuang dalam menggapai desakan cinta meskipun de ngan hati terluka. Namun, berjayakah mereka men capai bahagia? Adakah itu nilaian terbaik buat diri sendiri dan orang-orang tersayang? ‘Syair Cinta’, saya hidangkan khas buat semua pembaca untuk menying kap sebuah persoalan...
Selamat menerokai wajah topeng cinta di hati Mikhail Mursyid dan Salyna Sobri!

Novel Pertama Saya...

Assalamualaikum....
Novel pertama bersama Alaf 21 bertajuk 'KuUtus Rindu'.. Memaparkan wanita misteri bernama Karissa Lisa. Rajuk dihati kerana kekecewaan cinta pertama mengheretnya ke kancah yang jauh menyimpang dari nilai ketimuran. Dia mengatur strategi untuk merebut kembali segala yang pernah dirampas dari hidupnya bertahun-tahun dahulu. Kehadirannya yang dibayangi misteri telah meresahkan insan yang tersenarai hitam sebagai mangsa dan sasaran.

Selamat menerokai misteri 'Kuutus Rindu'..